Untuk kedai makan, kafe & food truck

Pelanggan scan.
Order masuk dapur.
Siap.

QR order di meja atau kaunter, POS kaunter yang pantas, skrin dapur dan bayaran FPX โ€” dalam satu sistem milik kedai anda sendiri. Tiada komisen setiap order.

  • โœ“ Langgan bulanan atau beli terus
  • โœ“ Shared hosting pun boleh
  • โœ“ Guna telefon & tablet sedia ada
Skrin dapur dengan tiket order ikut stesen
Menu pelanggan di telefon
komisen setiap order
0%
komisen setiap order
cara bayar: langganan atau beli terus
2
cara bayar: langganan atau beli terus
payment gateway Malaysia & antarabangsa
3
payment gateway Malaysia & antarabangsa
outlet, menu dan staf
โˆž
outlet, menu dan staf

Ciri-ciri

Semua yang kedai perlukan, dari order sampai laporan

๐Ÿ“ฑ

QR order โ€” meja & kaunter

Tampal QR di meja atau di kaunter. Pelanggan pilih menu, ubah suai (tak nak sos, extra cheese), bayar dan terus dapat nombor giliran.

โšก

POS kaunter yang pantas

Order lisan "burger ayam 3, daging 2, satu tak nak sos"? Cashier tekan, tambah nota, hantar ke dapur, dan cetak resit di printer thermal 58/80 mm.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ

Skrin dapur (KDS)

Tiket ikut stesen โ€” grill, fryer, minuman. Masa menunggu jelas, bunyi bila order baru masuk, dan tanda habis stok terus dari dapur.

๐Ÿ’ณ

Bayaran online

FPX, kad dan e-wallet melalui Billplz, Bayarcash atau Stripe. Duit masuk terus ke akaun merchant anda. Tunai di kaunter pun boleh.

๐Ÿ›ต

Pickup, delivery & dine-in

Zon penghantaran dengan caj sendiri, skrin rider, dan tiket pelanggan yang dikemas kini sendiri sampai order siap.

๐Ÿฌ

Banyak cawangan

Satu menu untuk semua outlet, harga berbeza ikut outlet, manager untuk setiap cawangan, dan laporan gabungan untuk tuan punya.

๐ŸŽจ

Jenama anda sendiri

Logo, nama dan warna tema kedai anda. Pelanggan nampak kedai anda โ€” bukan aplikasi platform orang lain.

๐Ÿ“Š

Laporan & invois

Jualan harian, menu terlaris, waktu sibuk, invois PDF dan SST โ€” semuanya dari satu dashboard.

๐Ÿ”„

Update satu klik

Versi baru dipasang terus dari admin dengan satu klik, dengan backup automatik sebelum apa-apa diganti.

Integrasi: Billplz ยท Bayarcash ยท Stripe ยท Loyverse POS ยท WhatsApp Cloud API

Skrin sebenar

Satu sistem, empat skrin

Setiap orang nampak apa yang mereka perlukan sahaja โ€” dari telefon pelanggan sampai dashboard tuan punya.

Pelanggan

Order dari telefon sendiri

Menu bergambar dengan pilihan saiz, add-on dan set combo. Selepas bayar, pelanggan nampak nombor giliran dan anggaran masa siap โ€” dikemas kini sendiri.

Skrin pelanggan: menu Skrin pelanggan: customise Skrin pelanggan: track

Kaunter

POS untuk order lisan

Cari dengan kod menu (B1, R2โ€ฆ), tekan untuk tambah, nota untuk setiap item. Takeaway atau dine-in, tunai atau online.

Skrin kaunter

Dapur

Tiket jelas, tiada kertas hilang

Setiap stesen nampak apa yang perlu dimasak dahulu. Tekan Start, Done, dan Ready โ€” kaunter dan pelanggan terus tahu.

Skrin dapur

Tuan punya

Tahu prestasi kedai setiap hari

Jualan hari ini, 14 hari terakhir, menu terlaris dan status setiap order. Untuk banyak cawangan, lihat satu-satu atau gabungan.

Skrin tuan punya

Kenapa sistem sendiri

Pelanggan anda, untung anda

Platform penghantaran bagus untuk dicari orang baru. Tapi untuk pelanggan tetap yang datang ke kedai atau order semula, kenapa kongsi untung setiap order?

Platform berkomisen OrderPOS
Komisen setiap order Ya, peratusan setiap order Tiada
Data pelanggan Milik platform Milik anda
Jenama yang dilihat Aplikasi platform Kedai anda
Duit jualan Tunggu payout Terus ke akaun gateway anda
Order di meja & kaunter Tidak Ya, dengan QR & POS

Cara mula

Tiga langkah, tanpa programmer

  1. 01

    Dapatkan lesen

    Anda terima fail sistem, purchase code dan panduan pemasangan Bahasa Melayu.

  2. 02

    Pasang di hosting anda

    Upload ke cPanel, buka laman anda, dan ikut installer: database, nama kedai, akaun admin.

  3. 03

    Mula terima order

    Masukkan menu, cetak QR untuk meja atau kaunter, dan buka skrin dapur di tablet.

Harga

Langgan bulanan, atau beli terus

Sistem yang sama, semua ciri yang sama. Pilih cara bayar yang sesuai dengan kedai anda.

Langganan Paling mudah

Kami pasang dan jaga semuanya. Anda fokus berniaga.

RM 100

sebulan ยท hosting, backup & update termasuk

  • โœ“Kami pasang dan hoskan โ€” tiada hosting untuk diurus
  • โœ“Backup setiap malam
  • โœ“Update dan penyelenggaraan diuruskan
  • โœ“Semua ciri: QR order, POS, skrin dapur, delivery, cetak resit, laporan
  • โœ“Banyak cawangan dalam satu sistem
  • โœ“Billplz, Bayarcash atau Stripe โ€” duit terus ke akaun anda
  • โœ“Nama, logo dan warna kedai anda

Beli terus Milik anda

Bayar sekali dan pasang di hosting anda sendiri.

RM 2,500

Bayar sekali ยท 1 domain ยท tiada yuran bulanan

  • โœ“Kod sumber penuh โ€” boleh ubah suai
  • โœ“Installer untuk shared hosting (cPanel)
  • โœ“Update satu klik dari admin
  • โœ“Backup automatik setiap malam
  • โœ“Semua ciri: QR order, POS, skrin dapur, delivery, cetak resit, laporan
  • โœ“Banyak cawangan dalam satu sistem
  • โœ“Billplz, Bayarcash atau Stripe โ€” duit terus ke akaun anda
  • โœ“Panduan pemasangan Bahasa Melayu

Caj transaksi payment gateway dibayar oleh kedai terus kepada gateway. Untuk beli terus, hosting dan domain adalah atas kedai sendiri.

Demo

Cuba sendiri, sekarang

Demo ini kedai burger contoh. Buat order dari telefon sebagai pelanggan, kemudian log masuk sebagai staf dan lihat order itu sampai ke dapur.

Bayaran dalam demo adalah simulasi โ€” tiada duit sebenar.

Akaun demo untuk staf
PerananLoginKata laluan
Super admin admin@bossburger.test password
Outlet manager manager@bossburger.test password
Cashier (POS) cashier@bossburger.test password
Waiter waiter@bossburger.test password
Kitchen kitchen@bossburger.test password
Rider rider@bossburger.test password

Soalan lazim

Yang selalu ditanya

Perlu VPS ke? +

Tidak. Shared hosting biasa (cPanel) dengan PHP 8.3 dan MySQL sudah cukup. Installer membimbing anda langkah demi langkah, dan panduan pemasangan Bahasa Melayu disertakan.

Ada komisen setiap order? +

Tiada. Jualan anda tidak dipotong walau satu sen oleh sistem ini. Yang ada hanyalah caj transaksi payment gateway (ikut kadar gateway yang anda pilih), dibayar terus kepada gateway itu.

Apa beza langganan dan beli terus? +

Langganan: kami pasang, hoskan dan jaga sistem untuk anda (backup setiap malam, update), dan anda bayar setiap bulan. Beli terus: anda bayar sekali, dapat kod sumber penuh, dan pasang di hosting anda sendiri. Kedua-duanya guna nama, logo dan warna kedai anda, dengan semua ciri yang sama.

Apa jadi jika saya berhenti melanggan? +

Laman anda berhenti menerima order selepas tempoh langganan tamat. Data anda disimpan, dan laman dibuka semula sebaik sahaja langganan disambung. Anda juga boleh beralih ke beli terus bila-bila masa.

Boleh guna tanpa bayaran online? +

Boleh. Hidupkan "tunai di kaunter" sahaja, dan sambung payment gateway bila-bila masa kemudian.

Perlu beli tablet atau mesin khas? +

Tidak. Mana-mana telefon, tablet atau komputer dengan browser boleh jadi POS, skrin dapur atau skrin kaunter.

Boleh guna untuk banyak cawangan? +

Boleh. Hidupkan mod banyak outlet: setiap cawangan ada manager, stok, dan harga sendiri, dan tuan punya nampak laporan gabungan.

Macam mana dapat versi baru? +

Bila versi baru keluar, ia muncul di Admin โ†’ System Update. Tekan sekali untuk pasang; fail lama dibackup secara automatik.

Boleh ubah suai sistem? +

Boleh. Kod sumber penuh disertakan, jadi programmer anda boleh menambah ciri sendiri.

Sedia untuk waktu puncak seterusnya?

Cuba demo dalam 2 minit. Bila sedia, kami bantu anda pasang.